- Dikongsi 21 kali
- Megat Panji Alam Nasihat Atuk jam 02:15 pagi, 30 Januari 2012:
pesanan diisi "tambahan" yang terakhir.
Qodok milik tuhan tak boleh berubah, tetapi Qadar nya boleh berubah, manusia yang mempunyai misi jahat sangat faham perjanjian tuhan ini, sebab itulah tuhan takkan ubah nasib manusia itu melainkan manusia itu sendiri yang berubah, barulah tuhan izinkan, PERUBAHAN INI BERJAYA KERANA IA TELAH TERTAKLUK PADA MEDAN PERJANJIAN DUNIA, ia sama seperti ilmu sihir, ia tetap berlaku dengan izin tuhan sebab ilmu ini TERTAKLUK PADA MEDAN PERJANJIAN DUNIA, tuhan yang Maha Pengasih telah membimbing manusia untuk memilih jalan yang lebih baik dengan membuat keputusan yang betul, kerana apa ? kerana setiap permintaan hamba2nya baik dari jenis binatang atau dari jenis makhluk berakal tetap tuhan makbulkan, kerana apa? Kerana isi alam semesta ini TERTAKLUK PADA MEDAN PERJANJIAN DUNIA, tetapi awas, tuhan juga sangat tertaluk pada janjinya, sebab itu Nabi Muhammad sangat berkehendakkan kita semua menjadi seorang Islam yang MUKMIN, semua orang boleh mengaku Islam, semua orang sememangnya beriman walaupun paginya dia solat subuh, tapi tengaharinya aktiviti dia ke arah mendatangkan kepuasan nafsu, contoh paling kecil ialah melihat aurat, mencari2 kesalahan pemimpin, tetapi...seorang makhluk yang MUKMIN tidak bersikap begitu.
Jaringan Matriks AL-HADIS ---> Dan situasi hari ini:
Baginda Nabi Muhammad pernah bertitah:
"Segeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah,
iaitu seperti malam yang gelap gelita.
Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin,
lalu kafir di petangnya.
Di petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin,
lalu kafir di paginya.
Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia".
(Kitab Misteri Sahih Muslim, Nombor: 169)
Jaringan Matriks AL-QURAN ---> Dan situasi hari ini:
“Dan orang-orang yang kafir,
amal-amal mereka adalah laksana bebayang di tanah yang datar,
yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga,
tetapi bila didatanginya air itu,
dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun”
(Kitab Al-Quran, Surah An Nur, Nombor: 39)
Apa point atuk ?
Setiap permintaan Jin & Manusia termasuk binatang di udara & di bumi hatta sekecil2 molekul pun PASTI TUHAN makbulkan, dengan syarat permintaan makhluk itu TERTAKLUK PADA MEDAN PERJANJIAN DUNIA. Sekiranya permintaan hambanya itu ke arah kebaikan, maka kesudahan yang baik akan makhluk itu dapat, bahkan ia mempunyai jaringan abadi dengan PERJANJIAN TUHAN dengan makhluk di alam akhirat. Tetapi awas cucu ku semua, sekiranya cucu membuat permintaan yang hanya tertakluk kepada medan dunia lebih2 lagi ia bersifat kejahatan dan bersifat mengANIAYA makhluk, perbuatan cucu tetap tuhan izinkan terjadi untuk berlaku di alam dunia, tetapi cucu harus ingat, TUHAN PERNAH BERJANJI PADA MAKHLUKNYA yang setiap apa yang dilakukan di dunia akan diminta dipertanggungjawapkan, tuhan yang Maha Adil sudah pasti mempunyai alat2 nya yang canggih untuk menyokong hujah nya di Padang Mahsyar kenapa tuhan masih mengIZINkan & memakbulkan perkara2 jahat yang terjadi di dunia ?
Tuhan akan jawap:
Maka yang mana satu...
di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan ?
[Surah Ar-Rahman] ---> ayat ini diulang 31 kali
Di dalam Al-Quran tuhan telah bagi nasihat dengan penuh sifat sayang, kerana sayangnya tuhan pada makhluk2 berakal di planet bumi inilah, tuhan bagi nasihat supaya...JANGANLAH MENJUAL KENIKMATAN AKHIRAT YANG KEKAL DENGAN MEMBELI KENIKMATAN DUNIA YANG SEMENTARA.
Kesimpulan Jadual Akhir Zaman & Tragedi:
Hujah atuk di atas sudah lama atuk TESISkan dalam hasil kajian yang bertahun2 lamanya. Cucu nak tahu tak ? Makhluk jahat yang mengawal dunia hari ini sangat faham dengan teks huraian atuk di atas. Sebab apa mereka paham ? Sebabnya...mereka faham bahawasanya setiap perbuatan mereka akan dikabulkan walaupun mereka berniat jahat. Mereka tahu yang segala misi gelap mereka di sebalik bayang2 Tamadun Yakjuj-Makjuj yang dicaturkan oleh Al-Masih Dajjal [si mata 1] & Iblis [si mata 1] boleh berjaya dan sentiasa berkesan dan makbul kerana perbuatan mereka TERTAKLUK PADA MEDAN PERJANJIAN DUNIA. Sebab itulah ada makhluk2 Allah telah dimakbulkan doa2nya yang sangat misteri asbabnya. Sebagai contoh, Iblis sendiri masih tak mati2, Jibril & Mikail masih hidup sampai sekarang, Nabi Khidir masih lagi hidup sedangkan Rasulullah Isa menunggu masa sesuai untuk turun kembali ke planet bumi. Semua permintaan makhluk2 ini samada yang jahat atau pun baik telah Allah makbulkan. Nak jadi raja ? Tuhan makbulkan. Nak pesongkan pemahaman ekonomi dunia ? Tuhan makbulkan lagi. Nak gantikan matawang dinar & dirham kepada sistem duit kertas & sistem duit digital, tuhan makbulkan juga, nak berlakon jadi tuhan di mata penduduk dunia, tuhan makbulkan lagi, KENAPA TUHAN MAKBULKAN ? Sebab tuhan terikat & TERTAKLUK PADA MEDAN PERJANJIAN DUNIA. tetapi awas, permintaan yang jahat MEMPUNYAI BALASAN BERAT di akhirat. Di dalam Al-Quran dalam banyak surah2 misteri lebih2 lagi dalam surah Yasin, telah tuhan zahirkan secara sinis...
TUHAN MENUNAIKAN JANJINYA DI DUNIA:
Al-Quran itu,
diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengasihani.
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran,
kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran,
sebab itulah mereka lalai.
[Al-Quran, Surah Yasin, Ayat 5-6]
TUHAN MENUNAIKAN JANJINYA DI AKHIRAT:
Maka pada hari itu,
tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun,
dan kamu pula tidak akan dibalas,
melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
[Al-Quran, Surah Yasin, Ayat 54]
AMARAN TUHAN UNTUK (Kejahatan Yang Diizinkan Di Dunia):
Dan berpisahlah kamu pada hari ini,
hai orang-orang yang berdosa,
Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,
supaya kamu jangan menyembah Syaitan?
Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu!
[Al-Quran, Surah Yasin, Ayat 59-60]
Sebahagian besar makhluk2 berakal dari jin & manusia telah saling membuat perjanjian untuk menakluk isi planet bumi demi merealisasikan Misi Iblis (mata-1) sebelum zahirnya fizikal Dajjal (mata-1), asbab dari perjanjian ini, lazimnya mereka2 ini memiliki nikmat dunia yang sangat besar asbab dari misi gelap mereka untuk menakluk dunia dengan sistem Tamadun Yakjuj Makjuj. Sebagai orang Islam, sudah tentu kita tahu yang kita tak mungkin sembah syaitan, tapi sayang, kata2 tuhan dalam wahyu terkadang bersifat mutashabihat & simbolik, sembah syaitan tidak bermaksud anda rukuk & sujud, tetapi sembah syaitan bermaksud mengikut gaya & cara hidup yang lalai, sila rujuk apa isi Perjanjian Iblis & Allah sebelum beliau dicampakkan ke planet bumi dengan kelajuan tinggi. Nabi Muhammad sangat risaukan nasib umatnya, sebab itulah baginda sudah memberi isyarat, dari 1000 manusia, hanya 1 sahaja yang masuk syurga, kalau pun anda Islam kenapa masih ada antara mereka masuk Neraka, bukankah dengan Islam ia menjamin kita masuk syurga ? Lihat cara hidup hari ini, semuanya ke arah Sistem Pemerintahan yang telah nabi kita klasifikasikan sebagai fitnah akhir zaman, atuk telah lengkapkan TESIS atuk dengan menamakan is sebagai Tamadun Yakjuj Makjuj, Istilah ini telah dipopularkan oleh anak murid atuk selepas membaca hasil kajian tesis ini.
NAK BUKTI LAGI YE ???
“Dan sesungguhnya Allah telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat untuk menyerukan: "Sembahlah Allah dan jauhilah Thaghut itu.”
[Al-Quran , Surah An Nahl, Ayat 36)
Macamana atuk leh tahu ye ?
Jawapannya ada apada alamat kat bawah ni:
www.rahsiadunia.com/ebook.html
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua Hadirin Pembaca.
Segala Puji Kepada Allah Tuhan Kepada Isi Alam Galaksi Tanpa Sempadan Ini..
Selawat & Salam Kepada Pemimpin Besar Baginda Rasul Nabi Muhammad Bin Abdullah.
Allah Maha Kuasa...
Makhluk Tiada Kuasa...
Wednesday, 1 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment