Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua Hadirin Pembaca. Segala Puji Kepada Allah Tuhan Kepada Isi Alam Galaksi Tanpa Sempadan Ini.. Selawat & Salam Kepada Pemimpin Besar Baginda Rasul Nabi Muhammad Bin Abdullah. Allah Maha Kuasa... Makhluk Tiada Kuasa...

Wednesday, 1 February 2012

Himpunan Nasihat Atuk (Megat Panji Alam)

‎((( Bismillahi Majreha Wa Mursaha )))
Assalamualaikum semua cucu kesayangan semua...
Mari berseloka dengan Atuk sehingga Jumaat 5 Rabiulawal 1433.
Tajuk perbincangan = Istqomah & Matlamat Hidup
-Anda Menjadi Musuh Kepada Apa Yang Anda Tak Ketahui-

Megat Panji Alam Adab dan akhlak adalah ibarat pokok, dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang, daripada pokoknya.pada 23hb Januari pukul 9.57 ptg

Megat Panji Alam Selamat tahun baru Hijrah pada semua cucu. Selamat tahun Masihi untuk semua. Selamat tahun baru bagi kalender bulan. juga pada cucu semua. dunia ni hanyalah persinggahan dalam perjalanan yang sangat jauh, hidup di planet ni hanya berkisar 80 tahun 90 tahun 100 tahun cuma, sedangkan bila masuk kubur, menempuh galaksi akhirat tempohnya sangatlah lama, mungkin berbillion2 tahun, sesungguhnya 1 hari di sisi tuhan mu sama dengan 1000 tahun perhitungan mu,dan semoga cucu semua selamat meneruskan perjalanan ke arah Allah dalam keadaan suci seperti mana Allah lepaskan kita dalam keadaan suci ke planet bumi ni... apa yang atuk berikan pada cucu samada salam peringatan yang dilepaskan di forum dan dikitabkan menjadi bahan bacaan hanyalah 1 pintasan yang atuk sempat tengok ketika singgah di perjalanan di planet ni, terpesongnya kita di planet ni akan menyebabkan perjalanan kita di galaksi akhirat akan tergugat, bahkan 1 saat di dunia bakal menentukan keABADIan nasib kita di akhirat nanti.
1 - dunia tak kekal
2 - akhirat itu kekal

Akhirat yang kekal pecah pada 2...
- neraka yang kekal
- syurga yang kekal

Elakkan diri kita dari termasuk dalam Zon 72 & Zon 999.
Semuanya sudah atuk kitabkan kepada 3 siri.
Siri 1 telah pun berusia hampir 3 tahun...
2 siri seterusnya akan menyusul tak lama lagi...
Iaitu beberapa minggu selepas tahun baru Muhammad...
atau...
selang beberapa minggu selepas tahun baru Isa...
atau...
selepas sunami mega tak lama lagi.

Cucu...
seorang doktor boleh melihat bilakah bayi comel di dalam rahim bakal beranak, tidak salah juga seorang juruterbang boleh analisis dengan tepat pada waktu bilakah dia akan mendarat selepas perjalanan yang jauh, kedua2 mereka ini mempunyai ALAT untuk mengetahui secara purata apa yang bakal berlaku, walaupun perkara itu tak tepat 100%, namun harus diingat, akhirnya bayi comel lahir juga, dan kapal terbang mendarat juga akhirnya.

Begitulah atuk...
atuk dikurniakan ALAT seperti mereka di atas, ia tak bersifat fizik, tapi ia adalah anugerah melalui Al-Hadis & Al-Quran, ia ibarat menuang 2 jenis air di gelas yang jernih, air nya dua2 cerah, tapi rupa2nya gelas_A berisi air 7-UP dan gelas_B berisi air mineral. Lazimnya manusia biasanya hanya menggunakan 1 deria untuk melihat, lalu menganggap kedua2nya sama, tapi bila manusia menggunakan anugerah lain yang sedia tuhan berikan, contohnya deria hidung, barulah dia tahu, A_dan_B rupanya air yang berbeza walaupun serupa sifat pandangannya. Bila ditapiskan penglihatan mata dengan kehadiran hidung, barulah tau....Ooooo yang ni air gas, yang sebelah ni air mineral rupanya....

Tetapi...
Bagi mereka yang bijak, mereka takkan minum air yang bergas itu, yang sedikit pandai tak minum air mineral tu sebab dia nak guna anugerah tuhan lain untuk test air mineral tu, manalah tau kut2 diletakkannya bahan kimia seperti dadah yang boleh larut ? Begitulah IBARATnya untuk manusia yang dapat memintas perancangan si mata 1 ini, susah bagi mereka yang masih di dalam sistem ciptaan si mata 1, tapi mudah untuk mereka yang datang dari luar sistem si mata 1 ini.
Sebab itulah, bagi cucu2 yang belum pernah memiliki TESIS kajian atuk ni, segeralah memilikinya hari ni juga. Cucu akan faham apa rahsianya.

Megat Panji Alam jawapan kepada soalan Ihbz Pengembara Akhir Zaman telah dijawap dalam artikel yang Atuk hadiahkan di page DE di alamat http://www.facebook.com/notes/dinar-emas-pengedar-syiling-sedunia/913-berjumpa-dengan-dajjal-sistemnya/273636552659037
Lagi 1, atuk ni sedang siapkan & masih menulis artikel untuk siri ke-12 Kitab Memintas di page DE tu ha...,
tajuk artikel = Pembaris Akhir Zaman
mungkin esok pagi ada lah tu kat sane dengan ikhlasnya, sangat panjang tulisan atuk dan amat berkait rapat dengan Tasik Galilee dan Gerhana Bulan Era tahun 80 han...

Pesan untuk cucu kesayangan semua...
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
-Megat Panji Alam-
pada 23hb Januari pukul 11.19 ptg

Megat Panji Alam Jawapan atuk kepada soalan Muhammad Aiman telah dijawap di alamat http://www.facebook.com/photo.php?fbid=175079805932465&set=a.175079769265802.38192.100002913402434&type=1&ref=nf

Sekadar menambahkan pemahaman:
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut,
disebabkan karena perbuatan tangan manusia,
supaya Allah merasakan kepada mereka,
sebahagian dari perbuatan mereka,
agar mereka kembali.
(Surah Rum , Ayat 41)

Megat Panji Alam pesen atuk...
Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

pada 24hb Januari pukul 1.42 ptg



No comments:

Post a Comment