Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua Hadirin Pembaca. Segala Puji Kepada Allah Tuhan Kepada Isi Alam Galaksi Tanpa Sempadan Ini.. Selawat & Salam Kepada Pemimpin Besar Baginda Rasul Nabi Muhammad Bin Abdullah. Allah Maha Kuasa... Makhluk Tiada Kuasa...

Wednesday, 1 February 2012

Himpunan Nasihat Atuk (Megat Panji Alam)

Himpunan Nasihat Atuk: Kedatangan 3 Al-Masih

oleh Megat Panji Alam pada pada 5hb Januari 2012 pukul 12.31 pagi

Ulangkaji Kitab "Tamadun Yakjuj Makjuj"

(kepada yang belum memilikinya, boleh kemukakan hajat di INBOX atuk sahaja.)

[Tekan_Butang --->"SHARE"]

Catatan Sehingga 21 November 2011 at 17:37

Alamat Komen:

http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak/posts/201963256560074

Tarikh & Waktu:

28 December 2011 at 22:33

Nasihat Atuk:

renungan untuk cucu semua...

edarkanlah kalau perlu...dan setiap manusia ada kelebihan & kekurangan, yang baik jadikan teladan, yang buruk letak di sempadan, yang salah nasihat2 lah, fikirkan...antara Anwar & Mahathir, siapakah yang mempertahankan ISLAM di arena antarabangsa ? Dalam senarai orang2 yang dibenci Yahudi, adakah Anwar atau Mahathir yang menjadi sasaran? Di bawah pemerintahan siapakah yang menyebabkan kepemimipinan beliau dipandang hormat seluruh dunia sebagai role model ? Antara Anwar & Mahathir, siapakah yang diberi layanan istimewa lagi dibentangkan karpet merah oleh Yahudi ? Fikir2kan... Tambah 1 lagi maklumat berguna, antara Anwar & Mahathir, siapa yang elok budi bahasanya ? Mahu lebih lagi ? Boleh sahaja anda fikirkan perkara ini, antara Anwar & Mahathir, riwayat hidup siapakah yang berkesudahan baik ? Kesudahan yang baik adalah orang2 yang bertakwa. Akhir zaman ni banyak fitnah. Dan cucu semua kena memerangi yang salah fitnah ini dan perlu menegakkan yang betul. Nabi Muhammad s.a.w. dah berpesan, dan atuk dah huraikan berkenaan fitnah dajjal melalui sungainya yang ada syurga & neraka, dan nabi pesan suruh memilih nerakanya kerana banyak sebab2 yang hidden (yang telah banyak atuk huraikan dalam profile atuk). Jadinya.....Soalan untuk cucu semua, siapakah yang sebenarnya yang cucu sedang perangi sekarang ???

Kamu diwajibkan berperang...

sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci...

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu...

padahal ia baik bagi kamu...

dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu...

padahal ia buruk bagi kamu...

Dan Allah jualah Yang mengetahui...

sedang kamu tidak mengetahuinya...!!!

[Al-Quran] , [Al-Baqaroh] , [Ayat 216]

http://alhikam0.tripod.com/098f.JPG

Alamat Komen:

http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak/posts/272068512841783

Tarikh & Waktu:

20 December 2011 at 00:41

Nasihat Atuk:

Merlin sangat berkemungkinan adalah si mata 1.

Alamat Komen:

http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak/posts/189212237837235

Tarikh & Waktu:

5 December 2011 at 23:58

Nasihat Atuk:

Assalamualaikum cucu semua, the time has come, and the final countdown begin as it was been ordered. If you dont find a way, no one will.

Alamat Komen:

http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak/posts/189212237837235

Tarikh & Waktu:

6 December 2011 at 01:20

Nasihat Atuk:

Jawapan atuk (1/2)...

Cucu...

setiap lelaki dewasa samada berpangkat Rasul atau pun Nabi selepas era Tamadun Nuh yang canggih itu telah diamarankan dengan kehadiran Dajjal. Dalam semua ketamadunan manusia semenjak Era Nabi Idris Alaihissalam, hanya bermula dari Nabi Nuh sahaja lah telah diberikan amaran kepada umatnya yang bangsawan tentang perihal kejahatan Dajjal yang halus, amaran ini pernah dikeluarkan semenjak era Nabi Nuh yang hebat sebelum berlaku asbab perubahan cuaca mega di zaman baginda, sebelum terjadi MEGA SUNAMI. Nabi Nuh melepaskan salam peringatan ini kepada umatnya yang hidup serba canggih.

Cucu...

Beribu2 tahun selepas kemangkatan Nabi Nuh...

Perubahan budaya berlaku akibat membiaknya kembali saki-baki umat Nuh yang selamat. Di dalam kitab misteri yang atuk pegang sekarang, ada mencatatkan yang sebahagian dari keturunan Nuh adalah pewaris manusia yang baik2, mereka inilah yang digelar AHLUL-BAIT. Istilah ini AHLUL BAIT bermula dari zaman Nuh mengenangkan hanya dari DNA mereka yang diberi gelaran mulia iaitu AHLI RUMAH. Rumahnya adalah bahteranya. Selagi mana manusia yang selamat itu berpegang pada syariat skrol2 yang diturunkan Allah kepada umat manusia melalui Jibril kepada Nuh, selama itulah dia adalah Ahlul Bait yang terpelihara, tetapi kitab misteri memberi isyarat yang tetap akan lahir dari saki baki yang terselamat itu, umat yang akan menyimpang, dan Allah tetap berikan mereka kenikmatan dunia, di sebalik nikmat itulah, mereka diuji sekali lagi...

Cucu...

Dalam saki baki kawan2 dan umat2 Nabi Nuh yang terselamat itu, pecah kepada 2 kumpulan pembiakan harmoni, satu kepada jalan kebaikan, dan satu kepada jalan keburukan, pemecahan ini mengambil masa ratusan tahun untuk evolusi sesuai dengan perkembangan tamadun dari tiada kepada ada, kumpulan yang baik telah mengembalikan tamadunnya yang silam sesuai dengan kehendak Allah, sebahagian dari ilmu2 saintifik yang diperturunkan dari generasi ke keturunan seterusnya terus diingati dengan mudah walaupun tamadun mereka TOTAL LOST, sebab apa ??? sebab umur mereka rata2nya beratus2 tahun, umur remaja mereka & kanak2 mereka mungkin berpuluh2 tahun, sedangkan fasa umur dewasa mereka beratus2 tahun, maka ketamadunan manusia boleh dibangunkan kembali sesuai dengan ingatan memori silam mereka ketika hidup dalam serba kecanggihan sebelum tibanya SUNAMI MEGA yang diejek2 oleh bangsawan kafir umat Nabi Nuh, mereka2 yang mengejek ini adalah pemimpin2, saintis2, jutawan2, seniman2, menteri2 dan bangsawan2 terpilih era Nabi Nuh....

a)

Selepas MEGA SUNAMI & banjir besar, yang terselamat pun kembali ke darat dan meneruskan hidup normal berbekalkan memori silam. Masa berganti masa berganti bulan, berganti tahun berganti ratusan tahun, maka.....ada yang tetap di jalan Allah mengikut skrol2 wahyu yang diajarkan oleh Nabi Nuh, lumrah manusia yang leka, di sisi mereka pasti hadir sang iblis & berbillion syaitan menjadi bisikan bagi manusia yang lalai, yang lalai2 inilah ke arah ketamadunan yang buruk, mereka ni asalnya memang baik, tapi oleh kerana janji IBLIS itu sentiasa terkemas-kini & UP TO DATE mengikut tamadun untuk sesatkan zuriat Adam & Hawa, maka takdir tuhan telah berjalan di atas qadarnya, maka kata2 dalam Kitab Misteri yang atuk pegang itu pun menjadi kenyataan. Iaitu, walaupun mereka asalnya AHLUL BAIT, kalau tak ikut syariat, maka mereka akan terkeluar.

b)

Yang kekal dalam jalan kebaikan masih dalam peliharaan NUR ALLAH, sehinggalah DNAnya sampai ke IBRAHIM sehingga NUR ini sampai ke Muhammad. Nur ini adalah cahaya, dan ia memang benar2 cahaya. Ia ibarat kalau anda adalah sang istimewa yang berada di dalam gua yang gelap, kawan2 anda tak perlu bawak lampu suluh untuk terangkan suasana gelap. Sila rujuk kisah Nur Ibrahim yang berpindah2 ke isteri2nya, dan sila selak sejarah nabi kita Muhammad bagaimana SERInya baginda, wajahnya bercahaya2 sehinggakan baginda tiada bayang2, bahkan seekor lalat tak pernah hinggap pun, apakanlagi setiap binatang mengenali baginda.

Alamat Komen:

http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak/posts/189212237837235

Tarikh & Waktu:

6 December 2011 at 01:21

Nasihat Atuk:

Jawapan atuk (2/2)...

POINTNYA APA ?

Ambik salasilah ketamadunan manusia. Bukak susurgalur keturunan Nuh. Nuh memounyai anak, dari anak nya ada cucunya bernama Yakjuj. Seorang lagi bernama Makjuj. Atuk tafsirkan bahawa keturunan merekalah yang dimaksudkan sebagai yang keturunan yang terkeluar. Masih ingat apa atuk tulis kat atas, mereka sentiasa ingat memori silam mereka dan kecanggihan mereka. Dan salah 1 kelebihan mereka yang atuk telah rekodkan dalam TESIS atuk ialah.............. keturunan Yakjuj & Makjuj sentiasa up to date sistem pertahanan mereka walau di mana pun mereka hidup. Kecanggihan umat jenis ini telah sampai kepada mega structure di mana di zaman ini lah lahirnya seorang lelaki dewasa yang muda berpangkat Nabi lagi menguasai batalion tentera terkuat dunia. Di zaman ini lah, baginda Raja Zulkarnain yang sezaman dengan medan masa Nabi Ibrahim & Nabi Lut & Nabi Ishak & Nabi Ismail adalah pemegang tentera terhebat kuasa dunia, pada zaman itu ada dua super power, 1 berada di sebelah Raja Zulqarnain, dan 1 lagi berada dalam genggaman Raja Namrud. Raja Namrud ditakdirkan untuk bertemu dengan Nabi Ibrahim... Kedua2 raja ini mempunyai ciri2 WHITE SIDE, dan DARK SIDE. Tetapi ingat, keturunan Yakjuj Makjuj ini hanya di zon mereka sahaja, mereka tak bertembung pun dengan Namrud atau Zulkarnain, mereka hanya menguasai zon masing2. Berbeza dengan Namrud & Zulqarnain, suka melebarkan empayar, mengikut fahaman wahyu & nafsu. Sebab itu Allah bimbing perjalanan Raja Zulqarnain berpangkat nabi ini sehingga berjumpa dengan penduduk yang pernah bertempur dengan Yakjuj Makjuj. Penduduk inilah yang terakam kemas dalam Al-Quran sebagai antara umat yang paling susah untuk difahami slang & loghatnya kerana bangsa ini tidak bercampur dengan umat lain, tetapi, bangsa ini sangat handal dengan permainan logam dan kaya dengan logam, sebab itulah dioffernya Raja Zulqarnain untuk membina tembok (((_besi_keluli_))) setinggi gunung. Ingat, Zulqarnain & tentera2 mudanya hanya singgah sahaja, dan sempat menolong bangsa ini terselamat dari serangan misteri Yakjuj Makjuj, maka kitab misteri atuk mengisahkan yang akhirnya... keturunan Yakjuj Makjuj sendiri tak pernah bertembung dengan Zulqarnain & tentera2 mudanya.

Tahukah anda siapa di sebalik kehebatan Yakjuj Makjuj itu ?

Dan kenapa Yakjuj Makjuj taknak bertembung dengan baginda ?

Jawapannya = ada dalam TESIS atuk.

Soalan Izzul Hanif B Zamre:

bila dajjal sudah menzahirkan dirinya..

ianya akan berkata-kata dengan menggunakan bahasa apa?

Hebrew..?atau English..?

Jawapan:

Di sebalik kisah di atas, Dajjal adalah master mindnya. Dajjal sendiri tahu dirinya sangat dikehendaki di setiap tamadun. Boleh dikatakan Al-Masih Dajjal adalah THE MOST WANTED HUMAN pada setiap zaman nabi. Bahkan Nabi Muhammad kita mengOFFER dirinya untuk melindungi kita semua kalau2 si dia keluar. Tapi sayang, dalam banyak2 tamadun di atas, seolah2 tiada 1 pun yang dikantoikan.

Klu yang atuk nak bagitau ialah, Dajjal MEMANG ADA PADA ZAMAN NABI2 DI ATAS, iaitu selepas zaman Nabi Nuh sampailah ke zaman kita.

Soalan cepu emas, kenapa Dajjal dirantai di zaman Nabi Muhammad.

Di manakah beliau sebelum dirantai ??????????????????????

Selepas era Nabi Nuh,

kenapa setiap nabi mengingatkan umatnya pasal Dajjal,

nak tahu apa jawapannya ?

CHECK MATE = DAJJAL MEMANG WUJUD PADA SETIAP TAMADUN

(beliau dirantai di zaman Nabi sebagai takdir mulia Nabi Muhammad.)

Muhammad = adalah rahmat sekalian alam

Dajjal = bencana fitnah sekalian alam

NOTA:

di saat Tamim Ad-Dhari tak sengaja berjumpa dengan Dajjal,

Dajjal sendiri menasihati mereka untuk mengikut Nabi Muhammad !!!

KLU TERAKHIR:

- kenapa atuk katakan yang Dajjal bebas sebelum Nabi Muhammad ?

- jawapannya Nabi Muhammad kantoikan Dajjal !!!

- Muhammad hanya satu2nya nabi berpangkat Rasul yang membuat kenyataan bahawa Dajjal sememangnya hanya memiliki 1 mata yang celik, manakala matanya yang sebelah adalah buta.

- beribu2 Nabi & Rasul silih berganti memberi amaran tentang Dajjal, tapi identiti beliau masih misteri.

Jawapan Penutup:

Nak tahu sebab apa banyak tamadun2 lepas tak dapat dikesan dan masih misteri, lihat trademark tamadun itu, adakah mempunyai bekas sentuhan si mata 1 ?

Jawapan atuk ??? YA....!!!

Klu dari nabi sendiri adalah mata 1.

Lihat simbol2 tamadun selepas Nabi Nuh...

Lihat pahatan2 batu2 di Pyramid2 dunia apa lambangnya....?

Itu tamadun yang silam wahai cucu ku semua...

Now...

lihat sekarang masih hidup lagikah simbol mata 1 ini ?

Ya...simbol ini sentiasa ada sebab Dajjal sudah pun ada di tengah2 kita...atuk rasa, banyak lagi rahsia dunia yang cucu tak pernah tahu, tapi sayang, ustaz manakah yang boleh menceritakan hal ini sekiranya atuk dah tiada nanti, jawapannya ada 2 orang.... no.1 Sheikh Imran Hosein, dia pun dah tua, no.2 rapat2lah cucu semua dengan Ustaz Kazim Elias, dia mempunyai minda macam atuk.

Jawapan Untuk Izzul Hanif:

bila dajjal sudah menzahirkan dirinya..

ianya akan berkata-kata dengan menggunakan bahasa apa?

Hebrew..?atau English..?

Jawapannya: Dajjal tahu semua bahasa manusia & bahasa Jin

Wallahu Alam...

Semua kenyataan atuk di atas adalah cetakan minda atuk yang selama ini atuk perhatikan semenjak dunia ini berubah. Dajjal dah terlepas dari kurungan dah cucu, semenjak Nabi Muhammad mangkat agaknya....dan semestinya...Yakjuj Makjuj sudah 1400 tahun terlepas dari tembok setinggi gunung tu semenjak dari zaman nabi Muhammad lagi. Kepada mereka yang ingin memBETAH, teruskanlah mengaji. Kepada yang ingin mengutip ulasan atuk ini untuk tujuan mengada-adakan keburukan atuk, sila sediakan diri anda dalam neraka.

Siapakah atuk untuk menyebabkan cucu terima hidayah ?

Anak nabi Nuh pun tak selamat...

Bini nabi Lut pun tak selamat...

Bayangkan...

Wassalam.

www.rahsiadunia.com/ebook.html

bersambung...

No comments:

Post a Comment