Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua Hadirin Pembaca. Segala Puji Kepada Allah Tuhan Kepada Isi Alam Galaksi Tanpa Sempadan Ini.. Selawat & Salam Kepada Pemimpin Besar Baginda Rasul Nabi Muhammad Bin Abdullah. Allah Maha Kuasa... Makhluk Tiada Kuasa...

Sunday, 18 December 2011

Boleh Elakkan Riba

Dinar & Dirham = Boleh Elakkan Riba

oleh Dinar Emas (Pengedar Syiling Sedunia) pada pada 30hb September 2011 pukul 1.00 pagi

Mentor www.Dinar-Emas.com

Dinar & Dirham = Boleh Elakkan Riba

Selepas 8 bulan kami mendedahkan artikel ini di MAJALAH DINAR EMAS,

akhirnya misi mendaulatkan Dinar Emas & Dirham Perak (asas sistem Khalifah)

menjadi kenyataan.

Teringat kata-kata mentor kami Sheikh Imran Hosein:

"...if you cannot make a major market, why not a micro market...???...."

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=155296434518992&set=a.154397714608864.31804.112606472121322&type=1&permPage=1

Artikel Bermula:

Impian menjadi kenyataan,

kejayaan manis telah dizahirkan.

Dahulu anda kata ini semua fantasi,

Akhirnya menjadi realiti.

Baca & telitikan.

Kalau Hati Suci Anda Mengaku Anda Terlibat RIBA...

Mohonlah Pada Allah Jalan Keluar...

Laksanakanlah Taubat Nasuha...

Dengan Rahmat Allah Kita Semua Ahli Syurga...

Inilah jawapan kami kepada ramai umat Nusantara...

yang kalau boleh dilaksanakan dalam sistem duit kertas...

usaha ini sedang dimajukan...

semoga dari jawapan di bawah ini (mencerahkan anda...)

Jawapan:

Kalau Sistem Dinar & Dirham ini dilaksanakan di Malaysia camna ???

yela katakan anda membeli sebijik kereta (buatan ASIA)....

warna putih...

keluaran kereta SEDAN dengan harga matawang Dinar......

Katakan 1 Dinar = RM 650.00 (duit kertas atau duit digital)

Contohnya harga kereta itu = RM 39,000.00

bersamaan dengan 60 keping syiling Dinar Emas.......

Jadi...

pembeli kereta telah membuat AKAD...

dan bersetuju membayar balik kepada Bank...

sebanyak 1 syiling Dinar setiap 1 Bulan selama 60 bulan...

(inilah idea kami selama ini kepada Dunia Perbankan)

(BUT YET MANY OF BANK DENY)

Tuan-puan semua...

adakah kedua-dua pihak ada yang teraniaya?

adakah pihak BANK teraniaya ?

adakah pihak PENGGUNA teraniaya ?

semestinya tidak....

bagaimana kalau dalam masa 1 tahun harga dinar naik ?

itulah keuntungan yang diterima oleh BANK PEMBERI hutang....

Jadi tuan-puan semua...

cuba kita lihat senario yang diceritakan di atas...

tiada sesiapa yang akan teraniaya kan ?

Katakan Dato. Hisyam adalah pemilik BANK MyBANK...

Dan Ustaz Din menjadi panel syariah...

Beliau mempunyai pelanggan2 yang terdiri dari pelbagai kaum,

masing2 mempunyai hutang kereta RM 39,000.00

Mie, Daus, Yazri, Pak-an, (beli 2nd hand Caldina, Jepun)

Aris, Syidi, Caiful, Salwa, (beli SPORT CAR buatan Jepun)

Sarah, Zeedan, Isran, Faesal, (beli MPV baru buatan Korea)

Soi Lek, Rajesh, Sunjeet, (beli mini car buatan India)

Dengan kaedah di atas...

RM 39,000.00 = 1 Dinar x 60 bulan

mereka membayar hutang kepada MyBank

dalam tempoh 60 bulan sahaja

-----------------(1 Dinar 1 bulan)----------------

Mereka mempunyai perasaan yang puas hati & gembira......

Dato. Hisyam happy...

sebab Dinar Emas yang dibayar kepada banknya (naik nilainya)

sedangkan pelanggan2 Dato' Hisyam tadi bertambah puas hati...

sebab bayar hutang dengan syiling Dinar Emas (TANPA RIBA)...

lebih terharu lagi,

Ustaz Din mengalir air mata kesyukuran...

kerana matawang Dinar & Dirham akhirnya didaulatkan...

dan pentas sistem Khalifah boleh dibangunkan akhirnya...

Wow...

idea Dinar-Emas.COM memang bravo...

sungguh hebat Sistem Kewangan Islam ini......

betapa benarnya kata2 Nabi Muhammad

menggunakan kembali matawang Dinar & Dirham

boleh mengubat ekonomi umat...

Sebab itulah tuan-puan semua...

kami hadir di tengah2 anda untuk memberikan PENCERAHAN...

sebab tu la...

di Akhir Zaman nanti (iaitu zaman kita sekarang)

manusia akan kembali kepada Sistem Kewangan Islam,

dan salah 1 tanda-tanda Hari Kiamat adalah...

Ramai orang Islam akan Kaya...

dan mereka mula menggunakan Emas dan Perak sebagai jual beli...

hanya dengan cara di atas sahajalah,

RIBA boleh diPUPUSkan dari muka bumi ini...

itu sahajalah jalannya tuan-puan...

kalau tuan-puan ada idea yang jauh lagi HEBAT & GENIUS dari kami,

jangan teragak2 untuk hantarkan email ke:

contact@dinar-emas.com

NOTA:

kalau bukan anda yang menikmati sistem kewangan Dinar & Dirham,

percayalah anak2 anda yang bakal menikmatinya...

kalau bukan anda yang berhadapan dengan zaman 3 Al-Masih,

yakinlah 100% anak2 anda PASTI melaluinya...

tanda2 nya apa tuan ???

pergi GOOGLE.COM cari perkataan = TASIK GALILEE

Semoga jawapan kami di atas,

dapat memuaskan hati anda semua...

kaedah bayar hutang di atas...

boleh digunakan pada pinjaman RUMAH, KERETA, PERSONAL LOAN.

maka benarlah kata2 Nabi Muhammad...

ARTIKEL DI ATAS ADALAH SEDUTAN DARI ---> MAJALAH DINAR EMAS

۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩

Direkodkan oleh Al-Imam Abu Daud,

Direkodkan oleh Ibnu Majah,

dan Direkodkan oleh Al-Hakim...

dari hadis sahabat Abu Hurairah telah berkata:

“Telah berkata Nabi Muhammad:

Maksudnya:

“Demi akan datang kepada manusia...

suatu masa tiada seorang pun melainkan dia makan riba,

barangsiapa tidak makan riba,

maka dia kena debu angin riba.”

suatu masa = zaman anda bernafas saat ini

------------------------------------------------------------------------------

maklumat lanjut proses taubat...

rujuklah video yang selama ini kami apungkan...

http://www.facebook.com/video/video.php?v=127085560668575

12:00 am

02 Zulkaedah 1432

30 September 2011

Jumaat

(Waktu Shanghai, China)

Ketika Al-Masih Dajjal ditunggu ditabalkan menjadi RAJA YAHUDI

Umat Melayu Sabar Menanti Kedatangan Al-Masih Mahdi

----------( ONE RING TO RULE THEM ALL )---------------------

Friday, 16 December 2011

Setiap Umat Pernah Didatangi Nabi

Setiap Umat Pernah Didatangi Nabi

Soalan Peminat Dinar-Emas.COM

nk tanya cikit.

Kerajaan Melayu Atlantis...

ia wujud di Nusantara...

benar ke ia di Laut Cina Selatan?

Siapakah Nabi yg diutus utk mmberi peringatan?

Jawapan Dinar-Emas.COM

(sila panjangkan Artikel ini ke pengetahuan ulamak untuk buktikan kami SALAH)

Tuan-puan semua...

setiap bangsa di dunia ini pernah didatangi Nabi...

dan ingat...

tidak semua Nabi direkodkan di dalam Al-Quran...

peganglah kata2 kami ini ye....kerana apa ?

Kerana Allah itu Maha Adil...

mari sini anak-anak cucu-cucu ku sekalian alam...

mari sini atuk nak bercerita SEJARAH TAMADUN DUNIA...

mari sini rapat2...

========================================

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran...

agar kamu menerangkan kepada umat manusia...

apa yang telah diturunkan kepada mereka...

dan supaya mereka memikirkan dengannya !!!

(Al-Quran, An-Nahl, Ayat 44)

Sesungguhnya...

Allah tidak berbuat Zalim kepada manusia sedikitpun...!!!

akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri sendiri...!!!

[Al Quran]

[Surah Yunus]

[Ayat 44]

Al-Quran itu...

tiada lain hanyalah peringatan,

bagi seluruh penghuni alam semesta !!!

(Al-Quran, Al-Takwir, Ayat 27)

Dan...

Tiada 1 umat pun...

melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!

[Al Quran]

[Surah Faathir]

[Ayat 24]

========================================

Setiap tamadun gemilang (yang di dalamnya penuh dengan soSIAL),

PASTI pernah didatangi sekurang2nya seorang Nabi !!!

setiap tamadun yang mempunyai kerosakan akhlak,

tidak Allah sewenang2nya memBALAkan penduduk itu,

sebelum dikirimkan kepada mereka,

seorang pemberi peringatan dari kalangan mereka sendiri.

Tuan-puan sekalian,

kami ingin katakan di sini,

setiap nabi menyampaikan ajaran yang sama sahaja,

iaitu TAUHID (berserah kepada Allah yang 1)

Tuhan itu 1 tiada 2 dan tidak sama dengan yang baru,

tuhan tidak boleh disamakan dengan makhluk,

tuhan tidak boleh disamakan dengan jasad2 alam semesta...

apakanlagi terikat dengan ruang & masa,

Tuan-puan...

Inilah mesej2 yang sama sahaja setiap Nabi sampaikan,

termasuklah Nabi Adam kepada anak2nya (batch pertama...)

dan sebelum kemangkatan Adam...

sehinggakan anak2nya yang telah berkembang pesat maju

ketamadunannya...

telah mula hilang panduan hidup mengenal tuhan yang 1,

kerana lalai dengan nikmat dunia,

salah 1 nya ialah nikmat teknologi...

kerana itulah...

Idris diangkat statusnya menjadi Nabi berpangkat Rasul,

untuk memberi salam peringatan pada umat tamadunnya

yang semakin canggih tapi terlalu soSIAL...

ketamadunan umat Idris telah menjadi semakin hebat,

dan kemuncaknya sehingga bertembung dengan era Nuh...

Nuh telah dipilih menjadi 1 lagi nabi berpangkat Rasul

untuk memberi salam peringatan kepada tamadunnya...

dan...

mesej2 nasihat yang sebelum ini disampaikan Idris,

hanya tinggal beberapa kelompok sahaja yang mengikutinya,

maka menjadi tanggunjawap Nuh lah memberi peringatan terakhir,

kerana umat baginda diancam BALA yang super Maha Besar...

tetapi bala itu Allah tahankan kerana Allah taknak turunkan pun...

sebab apa...???

Sesungguhnya...

Allah tidak berbuat Zalim kepada manusia sedikitpun...!!!

akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri sendiri...!!!

[Al Quran]

[Surah Yunus]

[Ayat 44]

Tetapi memandang umat Nabi Nuh amat menderhaka,

dan mengejeknya membina kapal terbesar di dunia,

dan berfoya2 & beromen2 sambil mengacah2 Nuh...

dan bertanya bila nak sampai BALA nya itu ???

dan bertambah pelik lagi...

Nuh & kawan2nya yang tidak bangsawan lagi miskin itu,

membuat kapal MEGA di atas daratan yang jauh dari laut,

hari ini boleh lah anda katakannya sebagai KERJA ORANG GILA,

kerja bodoh lagi SENGAL dan buang beras current aje...

...itu sebab selama ini kami pesan kepada anda semua,

bila baca kiriman2 kami,

baca dengan mata hati...

ok...berbalik2...

Cacian demi sindiran diterima,

Nuh diacah2 dengan BALA...

Allah sendiri takmau turunkan bala kerana prinsip Allah ialah:

Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Tapi sayang 1000 kali sayang...

Nabi Nuh tak seperti Nabi Muhammad....

Nuh telah menggunakan keMAKBULan daulatnya,

dan menggunakan satu2nya keramah & syafaat

yang sepatutnya boleh beliau gunakan di padang Mahsyar,

tapi telah digunakan lebih awal di alam dunia...

lebih menyedihkan...

keMAKBULan keramatnya digunakan untuk menghapuskan

kaumnya sendiri...

Doa Nabi Nuh serta merta dimakbulkan...

Sesungguhnya...

Allah tidak berbuat Zalim kepada manusia sedikitpun...!!!

akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri sendiri...!!!

[Al Quran]

[Surah Yunus]

[Ayat 44]

Dan anda sendiri boleh tahu apa kesudahannya bukan ???

=========================================

Apakah benar setiap bangsa2 dunia ini pernah didatangi Nabi,

jawapan kami,

ya MEMANG BENAR !!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dan...

Tiada 1 umat pun...

melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!

[Al Quran]

[Surah Faathir]

[Ayat 24]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebagai contoh...

Tamadun Cina...

Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang sopan & santun,

penuh dengan undang-undang dan hidup masyakatnya penuh

sistematik seperti juga bangsa Melayu (yang akan kami ceritakan)...

Sekiranya anda meneliti sejarah Dinasti Cina,

banyak ilmuwan2 mereka adalah manusia2 yang tiada tandingan,

setiap kata2 ilmuwan mereka dijadikan rujukan undang2...

malahan telah diKITABkan di atas kepingan buluh2...

sehinggakan hidup bangsa cina rukun & damai,

tak ubah seperti model negara Islam berkhalifah...

Sekiranya anda mendalami ajaran Buddha & Tao,

ada konsep TAUHID yang diajarkan oleh semua nabi2...

iaitu Tuhan itu 1...

hasil kajian kami mendapati,

Buddha adalah nama seorang Nabi,

tapi tidak dipastikan baginda berpangkat Rasul atau tidak...

ajaran Buddha amat2 menitik beratkan mengenal tuhan

dan melempiaskan keadilan kepada semua makhluk2...

ajaran Buddha mempunyai susurgalur dengan Hindu...

dalam kitab Hindu bahasa sanskrit yang asal...

ada menceritakan tentang kisah Ibrahim dan anak2nya...

dan lebih hebat lagi...

di dalam kitab VEDA mempunyai nama Nabi Muhammad,

dan 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga...

juga terdapat dalam kitab Hindu itu

(cuma nama sahaja lain, tapi MAKNA sama...)

dan tuan-puan sekalian...

untuk menjadi ulamak2 Hindu...

mereka perlu belajar bahasa sanskrit...

siapakah raja bahasa SANSKRIT ???

kepada siapakah bahasa itu perlu dituntut...

jawapannya BANGSA MELAYU di hujung dunia...

Bahasa Kerabat Raja-Raja Dunia...

Tahukah anda...

semua candi2 dan borobudur2 di seluruh dunia ini,

hampir sama sahaja binaannya dengan seni Melayu,

anda boleh perhatikan binaan candi2 oleh Tamadun Aztech & Maya,

Kemboja, Vietnam, Sumatera, di jawa,

semuanya mempunyai seni tunggal yang sama,

cuma ukirannya sahaja berbeza (sebagai identiti tempatan)

Candi2 yang dibina ini kalau anda perasan,

akan dibina mengadap ke arah barat,

lebih tepat lagi kami katakan ke arah KIBLAT...

dan ini termasuklah piramid GIZA di Mesir,

juga binaannya mengadap Kiblat...

tahukah anda...

binaan2 ini adalah bangunan2 ibadat untuk sembah Tuhan yang 1.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dan...

Tiada 1 umat pun...

melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!

[Al Quran]

[Surah Faathir]

[Ayat 24]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuan-puan...

ajaran nabi2 kalau tidak direkodkan dengan baik,

akan terpesong akibat perjalanan masa...

ajaran menjadi ibadat...

ibadat menjadi amalan...

amalan menjadi budaya...

budaya menjadi upacara...

bulan berganti tahun...

tahun berganti beratus2 tahun...

sejarah menjadi mitos...

mitos menjadi lagenda...

dan akhirnya...

manusia berpangkat Nabi itu tadi,

dibinakan oleh pengikutnya sebuah patung sebagai kenang2 an...

untuk dihormati dari zaman ke zaman...

zaman berubah menjadi ribuan tahun...

patung yang dibina disembahnya pula...

itulah yang terjadi kepada banyak agama2 dunia,

seperti BUDDHA & HINDU...

dan tidak terkecuali agama Nabi Isa...

juga dibinanya patung Mariam & patung Isa....

fikir2kan tuan-puan...

jarak Nabi Isa & Nabi Muhammad hanya 600 tahun ++ sahaja,

tetapi pengikutnya hari ini telah binakan patung untuknya...

Kenapa ajaran Nabi Muhammad boleh kekal sampai sekarang ?

sebabnya ada rekod Hadis...

itulah bezanya...

Setiap Nabi & Rasul membawa ajaran tauhid...

dan setiap tauhid adalah ISLAM...

hanyasanya pada zaman Muhammad sahajalah,

ajaran yang dibawa baginda nabi, telah Allah namakan sebagai ISLAM...

ini dibuktikan dengan FIRMAN berikut:

++++++++++++++++++++++++++++++++

"...Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu,

dan Aku cukupkan nikmatKu untukmu,

dan Aku redho Islam menjadi agamamu..."

[Al-Quran]

[Surah Al-Maidah]

[Ayat 3]

++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagaimana dengan Tamadun Melayu ???

Bagaimana dengan Tamadun Aztech ???

Bagaimana dengan Tamadun Maya ???

Bagaimana dengan Tamadun Pyramid Bosnia ???

Pernahkah tamadun mereka pernah disinggahi Nabi ???

Jawapannya = YA, bahkan 100%

Sebab apa:

POINT 1:

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mengembaralah kamu di planet bumi...

kemudian perhatikanlah...

bagaimana akibat buruk yang menimpa...

orang-orang yang mendustakan Rasul-rasul itu...!!!

[Al Quran]

[Surah Faathir]

[Ayat 24]

POINT 2:

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dan...

Tiada 1 umat pun...

melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!

[Al Quran]

[Surah Faathir]

[Ayat 24]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuan-puan semua...

tidak semua Nabi direkodkan nama2nya di dalam suhuf & kitab...

sedangkan...

4 kitab utama yang diturunkan dari Allah melalui Jibril kepada Rasul,

telah diturunkan 3 darinya dalam bahasa Hebrew (bahasa Yahudi),

1 darinya dari bahasa Arab...

(dari sini anda kena fikir panjang...,

adakah anda dilatih oleh ulamak sekitar anda untuk berfikir dulu,

sebelum telan bulat2 ???)

* tak ramai ulamak sebenarnya nak cerita benda2 ni...

Pointnya apa ???

pointnya ialah...

Dalam banyak2 nama Rasul dalam Al-Quran,

25 darinyalah yang kita kena hafal...

tetapi...

tidakkah anda tahu,

jumlah Nabi berpangkat Rasul = 313 orang lelaki

sedangkan...

jumlah Nabi = beribu2 orang lelaki (pada setiap tamadun)

dan...

Muhammad adalah penutup bagi (semua Nabi & Rasul)

Oleh itu,

menggunakan konsep penciptaan Allah terhadapa makhluk,

iaitu

Al-Rahman & Al-Rahim

ke manakah perginya saki baki beribu2 orang Nabi itu ???

adakah semua Nabi2 yang Allah pilih di kalangan orang lelaki,

hanya ditimbulkan di bumi ARAB ???

jawapannya = TIDAK !!!

kerana apa...

sebab sekiranya Allah turunkan semua nabi2 di 1 benua sahaja,

maka tiadalah keadilan bagi manusia di kawasan lain,

dan oleh itu...

manusia di kawasan itu boleh CLAIM & tuntut di padang Mahsyar,

sebab diorang tak diberikan peringatan...

tapi sayang 1000 kali sayang...

bukankah ALLAH MAHA PENYAYANG ?

========================================

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran...

agar kamu menerangkan kepada umat manusia...

apa yang telah diturunkan kepada mereka...

dan supaya mereka memikirkan dengannya !!!

(Al-Quran, An-Nahl, Ayat 44)

Sesungguhnya...

Allah tidak berbuat Zalim kepada manusia sedikitpun...!!!

akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri sendiri...!!!

[Al Quran]

[Surah Yunus]

[Ayat 44]

Al-Quran itu...

tiada lain hanyalah peringatan,

bagi seluruh penghuni alam semesta !!!

(Al-Quran, Al-Takwir, Ayat 27)

Dan...

Tiada 1 umat pun...

melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!

[Al Quran]

[Surah Faathir]

[Ayat 24]

========================================

Ingat klu kami ini...

semua binaan2 pyramid...

adalah dibina oleh orang yang sembah ALLAH,

tetapi umatnya yang selepas itulah menggantikannya dengan

upacara syirik...

termasuklah candi2 & diisinya candi2 itu dengan patung2 & berhala,

dan tidak terkecuali...

bangunan Kaabah,

Kaabah asalnya dibina oleh seorang Nabi & anaknya...

lihatlah sejarah...

Kaabah pernah dimasukkan patung2 berhala di dalamnya bukan ?

betul tak tuan-puan ?

Kerana Nabi Muhammad Rahmat Alam Semesta,

segala2nya telah berubah & bersih...

patung2 berjaya dikeluarkan dari Kaabah...

tapi bagaimana dengan pyramid2 dan candi2 ???

ya...

nasib mereka tak berubah,

sebab dikuasai kafir dan kekallah di dalamnya kubur2 dan patung2...

makanya...

kekallah candi2 dan tugu2 tamadun2 silam

kekal di dalamnya ada patung2 buddha (oleh pengikut2 yang terpesong)

dan sejarah yang benar akhirnya dipalsukan...

maka dituduhnyala manusia2 silam ramai yang kafir

sebab sembah patung & berhala...

soalan bonus untuk tuan-puan...

sebelum kedatangan ajaran Tauhid daripada Nabi Muhammad

melalui sahabat2nya yang belayar ke Nusantara,

adakah anda yakin 100% bahawasanya seluruh penduduk Nusantara & China,

benar2 100% menyembah berhala ????????????????????????????

anda yakin dengan jawapan anda ?????????????????????????????

kalau anda yakin,

di manakah anda hendak campak agama HANIF Nabi Ibrahim ?

anda kenal siapa Keturah ???

carilah sampai dapat...

telah kami ceritakan dalam ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.

Ini belum lagi kami nak cerita tamadun Azazil sebelum jadi Iblis.

Belum lagi nak cerita Tamadun Jin dan pertemuan dengan Nabi...

siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad pemimpin alam semesta kita...

Inilah sejarah dunia tuan-puan...

banyak lagi yang korang tak tahu sebenarnya...

tapi boleh jadi juga,

apa yang anda tahu...

tak pula kami tahu...

tapi bukankah apa yang kami bagitau ini...?

tidak seperti respon2 negatif anda pula...

kerana apa ye,

kerana kami membuat PENCERAHAN pada dunia dengan Bahasa MELAYU,

sedangkan anda diPANCARkan...

walaupun yang sedang dipancarkan,

sentiasa memantulkan...

bersama2lah kita NASIHAT-MENASIHATI.

Jadilah pemuda-pemudi Surah Al-Asr.

Nota:

apa yang diceritakan di atas,

insya Allah tidak mensyirikkan...

tetapi kerana pengetahuan SEJARAH TAMADUN MANUSIA & JIN lah,

sepatutnya menyebabkan anda menjadi MUSLIM yang hebat,

menjadi Mukmin pula,

dan menambahkan iman pula....

bukan bertanyakan soalan2 yang menjatuhkan maruah seseorang...

...Tunjukkan kepada ku jalan yang lurus...

[ Al-Quran ]

[ Surah Al-Fatihah ]

[ Ayat Ke - 6 ]

...Dan kepada Allah jualah...

tertentunya urusan memberi panduan...

yang menerangkan jalan yang lurus...

dan di antara jalan-jalan yang dituju...

ada yang terpesong dari kebenaran...

dan jika Allah kehendaki,

tentulah Allah memberi petunjuk kepada kamu semua. !!!

[ Al-Quran ]

[ Surah Al-Nahl ]

[ Ayat Ke - 9 ]

...Jika kamu sangat mengharapkan...

agar mereka dapat petunjuk,

maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk

kepada orang yang diSESATkan-Nya,

dan sekali-kali mereka tiada mempunyai penolong !!!

[ Al-Quran ]

[ Surah Al-Nahl ]

[ Ayat Ke - 37 ]

...cahaya berlapis cahaya...

Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya...

kepada NUR hidayahNya itu...

dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal bandingan...

untuk umat manusia...

dan Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu !!!

[ Al-Quran ]

[ Surah Al-Nur ]

[ Ayat Ke - 35 ]

==========================

BUT YET MANY OF YOU ALWAYS DENY !!!

==========================


Wednesday, 7 December 2011

11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada Rakyat Jelata

oleh Dinar Emas (Pengedar Syiling Sedunia) pada pada 3hb Disember 2011 pukul 12.00 pagi

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

Gurindam Rintihan Raja-Raja Melayu

(sebarkan sehingga sampai ke mata-telinga TUANKU)

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada Rakyat Jelata

disusun oleh:

Srikandi (pewaris Bani Jawi)

Assalamualaikum pemula bicara,

Kepada semua rakyat beta,

Hamba rakyat raja di jelata,

Moga selamat aman sentosa.

Pujaan langit Allah yang Esa,

Salawat junjungan Nabi sentiasa,

Ahlul-bait dirahmati semesta,

Juga kepada sahabat berjasa baginda.

Raja-Bendahara satu zuriat,

Iskandar Zulkarnain asal hakikat,

Memutus bicara bersatu wa’ad,

Daulat... Bertambah daulat !!!

Wahai cucunda Raja-Raja Melayu,

Hibanya hati nenda nan sayu,

Payungi kembali agama wahyu,

Jangan biarkan bangsa ku melayu.

Istilah Melayu hakikatnya terang,

Ciri tasawuff bukan sembarang,

Tawadhu’ diri sifat cemerlang,

Ujub takabbur semuanya hilang.

Bangsa Melayu tinggi ruhaniyyat,

Dengan Allah diri diikat,

Alam akhirat selalu diingat,

Membuat kebajikan itulah tekad.

Wahai cucunda Raja Melayu sekelian,

Rintihan nenda sila dengarkan,

Tampil kembali sila ke depan,

Bangsa Melayu perlu ketuanan.

Bicara kita bukan sembarang,

Terbit dari kalbu nan bimbang,

Ingin berkongsi sejarah gemilang,

Buat ibarah pedoman yang terang.

Bangsa Melayu pernah berdaulat,

Tulus budi tinggi martabat,

Memegang adat menjunjung syariat,

Pernah menempa zaman nan hebat.

Dimana raja di situ kerajaan,

Sudah tertakdir kurniaan Tuhan,

Raja Melayu nobat kedaulatan,

Hamba Melayu menjunjung sultan.

Demang Lebar Daun bangsawan gahara,

Asal leluhur keluarga bendahara,

Sang Nila Utama dijadikan putera,

Ijabkabulkan dengan si dara.

Sang Nila Utama bangsawan bertuah,

Demang Lebar Daun mengurnia daulah,

Negeri Palembang kerajaan diserah,

Raja Melayu ditabal sudah.

Demikian adanya sumpah setia,

Asal Melayu Bendahara tuannya,

Hamba Melayu amanah pundaknya,

Nila Utama diserah tonggaknya.

Wa’ad Melayu sudahlah terang,

Bangsa Melayu adatnya terbilang,

Raja Melayu manikam benderang,

Bendahara Melayu permata gemilang.

Tersebut kisah negeri Melaka,

Rakyat jelata berkapal belaka,

Ramai pedagang membuat harta,

Pesat dan masyur seisi kota.

Raja Melaka mendapat firasat,

Bermimpi Nabi (SAW) memberi amanat,

Allah hendak memberi mandat,

Supaya baginda menyebar syariat.

Raja Melaka gelisah nan amat,

Terkenang mimpi dapat hidayat,

Sekonyong baginda jadi terperanjat,

Anu baginda telah disunat.

Sayyid Abdul Aziz seorang ulama,

Dari Jeddah membawa amanat,

Mengajar raja syahadah azimat,

Maka zahirlah segala alamat.

Ulama keturunan Rasulullah (S.AW.),

Jolokan AHLUL-BAIT dalam risalah,

Sama mendokong tugas dakwah,

Diberi kemuliaan duli Khalifah.

Sultan Muhammad nama diberi,

Menggerak dakwah tak kira hari,

Syariat Islam sudah terdiri,

Wajah bercahaya penuh berseri.

Maka masyurlah titah Sultan,

Agama Islam menjadi anutan,

Amal hakikat mencetus kesan,

Melaka menempa zaman keemasan,

Ulama syariat ulama tariqat,

Membimbing Raja amalan muafakat,

Gotong royong amalan rakyat,

Seisi negeri mendapat berkat.

Kesultanan Melayu rantaian khilafah,

Ajaran Tauhid menjadi falsafah,

Mengikut amalan sunnah Rasulullah (SAW),

Sejahtera dunia serta akhirah.

Raja Melaka mencurah jasa,

Pencetus tamadun budaya bangsa,

Agama dan adat diadun mesra,

Bangsa Melayu jadi perkasa.

Bukanlah maksum Raja Melaka,

‘Aib peribadi ada belaka,

Namun rakyat tetap dijaga,

Lindungi bangsa dari celaka.

Sultan Muhammad jasa tak hilang,

Sultan Muzaffar da’iee cemerlang,

Sultan Alauddin taqwa terbilang,

Sultan Mansur menempa gemilang.

Sultan Mahmud sejarahnya malang,

Mengikut kata fitnah petualang,

Bala turun Portugis menyerang,

Namun raja tetap berjuang.

Raja Melaka bermacam sejarah,

Suka dan duka dibuat ibarah,

Jasa dan bakti tetap dicurah,

Tonggak Melayu sedikit tak goyah.

Dalam sejarah Melayu nan panjang,

Banyak penjajah telah mendatang,

Penuh takabbur ajak berperang,

Raja dan rakyat mahu diganyang.

Orang Melayu penuh budiman,

Akhlak dan budi penuh santunan,

Namun agama jangan perlekehkan,

Badan dan nyawa galang gantikan.

Orang Melayu bertasawuff belaka,

Hubungan Allah sentiasa dijaga,

Bila si kafir nak buat celaka,

Jihad sabil isytihar senegara.

Bila penjajah isytihar perang,

Ulama ke depan beri perangsang,

Bersama rakyat jadi hulubalang,

Raja Melayu turut berjuang.

Pesanan cerdik pandai terbilang,

Jikalau daulah hendak cemerlang,

Nawaitu agama perlu dipegang,

Nescaya terbit kerajaan gemilang.

Jika dibuat kerana Allah,

Umat Islam tak akan mengalah,

Nyawa dan badan sanggup diserah,

Bersama Tuanku duli Khalifah.

Umat mengharap syurga menunggu,

Di medan jihad saling membantu,

Walau maut muncul di pintu,

Wajah berseri sedikit tak buntu.

Zaman berzaman begitu keadaan,

Ulama umara satu fahaman,

Raja dan rakyat seperti sebadan,

Bangsa Melayu Allah daulatkan.

Apa nak buat dah takdir zaman,

Umat ditimpa penyakit Al-Wahan,

Cinta dunia takutkan kematian,

Fitnah rempuh berasak-asakan.

Sampai waktunya sudah tersurat,

Petualang Melayu mendapat kudrat,

Dengan Inggeris ambil muafakat,

Dari Illahi putuslah rahmat.

Petualang bangsa buat mudarat,

Pedoman baru berganti tempat,

Siapa kuat dia kudrat,

Tanah Melayu jangkitnya melarat.

Ditolak ketepi benar dan salah,

Dinilai kira, menang dan alah,

Sesuka hati adat diubah,

Akhirnya Melayu mendapat tulah.

Aturan lama tiadalah tempat,

Pusaka bangsa kini merempat,

Inggeris durjana masihlah sempat,

Agama dan adat sering diumpat.

Aturan Melayu Inggeris membenci,

Ke sana-sini mencaci-caci,

Aturan bangsanya sering dipuji,

Konon sempurna tiada yang keji.

Bangsa Melayu binasa adat,

Raja Melayu luput hakikat,

Tanah Melayu hilanglah daulat,

Bumi bertuah Inggeris mendapat.

Sudah suratan apalah malang,

Petaka bangsa tak dapat dihalang,

Warisan murni runtuhlah tiang,

Permata Melayu sudahlah hilang.

1957 Malaysia merdeka,

Sorak sorailah semua belaka,

Apalah malang musibah tak leka,

Bangsa Melayu masih celaka.

Mengapa daulah tidak dipulangkan,

Kepada yang berhak institusi kesultanan,

Sebagaimana dahulu resmi kerajaan,

Sebagai mengikut aturan Tuhan.

Mengapa sekular negara diserah,

Kepada bangsa menjadi barah,

Kemelut Melayu tak sudah-sudah,

Semakin lama semakin parah.

Perintah negeri amanat Tuhan,

Telah sedia adat dan aturan,

Pelihara rukun zaman berzaman,

Bangsa Melayu tetaplah aman.

Demi Allah demi RasulNya (SAW),

Cunda semua peganglah daulahnya,

Jadi payungan Melayu semula,

Jadi pelindung adat agama.

Pulihkan semangat, maruah bangsa,

Hakikat Melayu kembalikan bisa,

Walau kuasa yang tinggal sisa,

Jangan sekali berputus asa.

Ketuanan Islam harap kembalikan,

Keluhuran adat tolong pulihkan,

Adat dan agama jangan pisahkan,

Ia umpama nyawa dan badan.

Raja Melayu menjaga negeri,

Umat Melayu kembali berdiri,

Bersama meredah onak dan duri,

Naungan Allah pasti kembali.

Kita berjumpa di akhirat kelak,

Berkumpul sama jemaah umara,

Dengan Allah kita menghadap,

Moga diterima amal mujarab.

Sekian bicara kita adanya,

Raja Melayu dari makamnya,

Kepada semua raja rakyatnya,

Moga mendapat faedah darinya.

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada Rakyat Jelata

The Origin of The Sea Dragon

NAGA MELAYU

Kira-kira abad ke-6 Masehi,

seorang raja dari negeri Chenla telah berjaya menakluk seluruh jajahan Funan,

sebuah empayar lagenda Indochina dan Asia Tenggara.

Raja itu kemudiannya memerintahkan tukang ukirnya memahatkan kejayaan itu

dalam sebuah batu bersurat yang akan diletakkan di dalam sebuah kuil suci.

Dalam batu bersurat itu,

raja tersebut, Bhavavarman II...

telah menggelarkan dirinya sebagai,

"Mala Malayu iva Malayam raja"

yang bermaksud:

(((( Raja Mala dari Malayu...)))

Nun jauh di pedalaman,

mitos tentang naga-naga laut yang bernama...

Seri Gumum,

Seri Pahang,

dan Seri Kemboja,

berlegar-legar di kalangan masyarakat orang Jakun yang tinggal di sekitar Tasik Chini.

Cerita tentang naga-naga laut itu diwarisi dari zaman-berzaman,

mengungkapkan rahsia antara orang Melayu dan suku-suku Mon-Khmer pada zaman purba.

Lagenda Khmer mengatakan bahawa seorang lelaki yang bijaksana

telah berjaya menawan hati seorang puteri dari keturunan 'Naga'.

Catatan China dari pelbagai dinasti termasuk Dinasti Qi

menyebutkan nama puteri ini;

Ye-ye

yang diterjemahkan oleh pengkaji Eropah sebagai:

Coconut Leaf...

Anehnya,

sejarahwan Champa yang berkongsi budaya dengan dunia Melayu

menuliskan nama puteri itu sebagai:

((( Mayang Mengurai...)))

Dalam catatan yang lain ada menyebutkan tentang 'Mala Dynasty' ,

iaitu nama sebuah dinasti purba yang dikenali sebagai pemerintah 'Malayang'

yang muncul dalam banyak manuskrip purba Khmer sebagai 'negeri-negeri Malayu'.

Bangsa Malayu dicatat dalam lagenda Khmer

sebagai keturunan yang berasal dari Naga Laut Mohodhara,

yang menyukai bunga-bungaan...!!!

Menariknya,

raja-raja Lao awal menggunakan gelaran diraja 'Sisattanakanahok'

yang berasal dari kata 'Sri Si AntanNaga Nahud' ,

iaitu gelaran raja-raja Melayu purba terutamanya oleh Raja Champa, Simha Jayavarman.

Terdapat beberapa rahsia lagi yang tertulis dalam kitab-kitab kuno,

dalam tulisan Pali di sebuah kuil purba di Thailand...

Dan di dalam 'circle' para penulis kerohanian Eropah,

ada mengungkapkan tentang sebuah peradaban silam yang tenggelam di lautan Pasifik...

Kapal Melayu (Kura-kura Cora)

Penemuan Srikandi (yang digelapkan penguasa yang jahat):

- dari kitab-kitab purba Mon seperti Chamadevivamsa dan Jinakalamali...

- dari rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalam Chiang Mai Chronicles...

- dari epik La Galigo yang penuh misteri...

- bait-bait dalam kitab Pararaton...

- kain suci yang tergantung dalam sebuah wat purba di Ranong,Thailand...

- petunjuk-petunjuk dalam Hikayat Merong Mahawangsa...

- makna-makna yang sulit di dalam prasasti-prasasti Angkor

- rahsia yang terlakar pada tembok runtuhan di My Son,Vietnam...

- laluan sepi ke kota Gelanggi...

- kotak misteri di dalam runtuhan pagoda di Bagan,Burma

- pintu rahsia ke bawah tanah Borobudur,Indonesia

- ukiran-ukiran di Angkor Wat...

- manuskrip-manuskrip purba kaum Batak Simalungun di Danau Toba...

- lembar-lembar lusuh di sebuah kuil tua di Luang Phrabang,Laos..

- makam purba di belantara,Brunei Darussalam...

- tulisan-tulisan pada batu besar di Papua dan Maluku...

- mitos puak-puak aborigine di Hawaii...

- dari rekod-rekod imperial China seperti Book of Song,Book of Liang,Book of Wei,Book of Sui

- dan catatan para pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua.....

Di sana...

ada sesuatu...

DAN AKAN DATANG...

Mei 2012

"The Origin of The Sea Dragon"

Alter Terahsia Bangsa Melayu ver4.0 Deluxe

Antara kajian menarik:

- Rahsia dari Prasasti (batu bersurat)

- Petunjuk Tersembunyi dalam Jinakalamali

- Mitos di kalangan penduduk Polynesia

- Legenda naga dalam masyarakat Jakun

- Lagenda naga dalam kesusasteraan Khmer

- Naga Soma, Mayang Mengurai dan Ye ye

dan banyak lagi...

disusun oleh

~Srikandi

punkhistorian_

(Srikandi adalah penulis tetap dalam MistisFiles.

Artikel ini ditulis berdasarkan kajian peribadi sang PUTERI berdarah diraja.)

~Malayu from Lords of The Sea Dragon~

Srikandi

'Vampire blood in the chalice of the emperor'

03 Disember 2011

Sabtu

12:00 am

(Waktu SriwijayaMala)

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

Nota:

Info dalam FB ini,

yang dipamerkan sebahagian besarnya adalah lakonan semata.

Ini dilakukan supaya anda berfikir panjang,

sebelum menerima apa-apa ilmu.

Saya nak buat penafian sikit.

Saya Srikandi/Cik Seri tidak ada akaun Facebook seperti...

fb Princess Anis, Bunga Sriwijaya atau sebagainya.

Saya tak menghalang para peminat membuka medium penyebaran artikel-artikel saya

tetapi admin yang menguruskan akaun-akaun mereka itu,

yang mengeksploitasikan nama dan kajian saya

diminta jangan mengambil kesempatan ke atas para pembaca dan fans saya.

Harap maklum.

~Srikandi

(sila lihat INFO >>> penyamaran)

dari peminat Srikandi untuk Srikandi...

Cik Seri wanita Melayu terakhir yang sangat misteri...

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●